Allah.
Allah.
Allah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Permulaan nukilan Unna mulakan dengan zikir 'Allah' dan Basmallah. Kerana Unna mahu Allah bimbing Unna untuk menulis apa yang Unna pendam. Namun, tidaklah melintasi level Unna. Atau lebih tepat lagi, tidak berlebih-lebih.
So, here's the story begin.
Unna. Hanyalah seorang gadis biasa-biasa sahaja. Anak kelahiran Perak. Namun, terpaksa berhijrah ke Selangor kerana ayah Unna dapat bertukar ke Selangor.
1998.
Tahun kami sekeluarga memulakan hidup baru di negeri orang. Ibu agak sedih sebab berjauhan lagi dengan ayah dan keluarga dia. Unna dan adik-adik hanya ikut sahaja orang tua kami, tanpa bantahan.
Kehidupan kami di Selangor banyak berubah. Dari corak hidup, pemakanan kami, pergaulan, sehinggalah rakan sepermainan kami. Sangat berbeza di Perak dahulu. Namun, tidaklah terlalu disekat orang tua kami. Agak seronok. Tetapi, tidaklah seseronok di Perak dahulu.
2000.
Tahun berganti tahun, Genaplah 2 tahun kami menetap di Selangor. Perubahan keluarga sangat ketara pada tahun ini. Sebab ayah kerap tak ada dekat rumah. Ayah selalu sibuk bekerja. Unna perasan. Ayah selalu balik lewat malam. Kadang-kadang tak balik. Mungkin ayah sibuk sangat.
Sehinggalah satu ketika, Unna dengar ibu dan ayah bertengkar. Ibu menjerit. Ibu menangis. Tak faham. Apa yang terjadi ni? Kemudian ayah kemas barang dia. OK. Apa semua ni? Ayah nak pergi mana? Ayah nak ajak balik rumah nenek kot. Sebab tu kemas barang. Tapi ayah ade tanya Unna. "Kakak nak ikut ayah ke nak ikut ibu?" Unna tak tahu nak jawab ape ketika itu. Tapi tengok keadaan ibu yang tengah menangis macam tu, better Unna ikut ibu. "Akak nak ikut ibu dengan ayah. Ayah nak pergi mana?"
Allah. Masih teringat perkara tu semua.
Maaf. Unna stop dahulu di sini. Sebab terlalu pedih hati ni menahan sedih. Panas dah mata ni.
Friday, July 31, 2015
Saturday, November 7, 2009
cerite..
Subscribe to:
Posts (Atom)